Monday

Pengumuman: Kami Tidak Lagi Menjalankan Trip Order.

Kepada anda semua yang dihormati,

Selepas Trip 16, kami tidak lagi menjalankan "Trip Order" seperti yang pernah kami buat sebelum ini. Ini adalah berdasarkan beberapa sebab; di antaranya ialah:

a) Mengumpul order untuk mendapatkan kuota "free shipping" memakan masa yang agak lama berbanding sebelum ini. Ini akan menyukarkan anda dan juga kami kerana harus menunggu lama untuk mendapatkan barangan yang anda tempah.
b) Masih ada segelintir penempah yang mengambil sikap berdiam diri selepas menempah barangan tanpa memberi kata putus untuk "confirm" order atau membatalkannya. Ini akan membuatkan pihak kami tertunggu-tunggu jawapan dan sekaligus akan melambatkan proses untuk pihak kami meng"order" barang dari LSI/Lomoasia.


Pada masa ini, lomokidsshop HANYA akan menjual ready stock yang ada; di mana kami akan update setiap barang yang baru sampai pada kami. Kami akan mengadakan "poll" setiap bulan, di mana survey dari anda sangatlah kami perlukan untuk membolehkan kami menyediakan ready stock yang anda semua inginkan.

Kami akan cuba meningkatkan prestasi servis kami untuk kesenangan anda semua. Segala kekurangan datangnya dari kami, dan yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa :)

Sekian, terima kasih.

-lomokidsshop-