Tuesday

PEMBAYARAN PENUH

Kepada anda semua yang dihormati,

Bermula dari trip 9, setiap daripada anda yang membuat pesanan barangan diwajibkan membayar sekurang-kurangnya 60 peratus deposit atau bayaran penuh barangan yang dipesan kepada kami.

Ini disebabkan oleh 2 faktor:
1. Kelewatan membuat pembayaran mengakibatkan pemesan-pemesan lain yang membuat pesanan untuk trip yang sama, terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan barang mereka walaupun mereka membayar lebih awal dari pelanggan lain. Ini disebabkan oleh kelewatan menunggu pemesan yang belum melunaskan bayaran, untuk menyelesaikan pembayaran mereka.

2. Ada pemesan yang telah membuat pesanan tetapi masih belum membayar wang untuk barangan yang dipesan, membatalkan pesanan mereka selepas kami memesan barangan dari LSI. Ini mengakibatkan kami tidak dapat menampung kos kad kredit untuk membuat pesanan untuk trip seterusnya.


Kepada anda yang masih belum membuat pembayaran selepas kami tutup pesanan, kami akan membatalkan pesanan anda, dan hanya akan memesan barangan untuk mereka-mereka yang sudah membuat pembayaran.


Ini adalah untuk kebaikan bersama dalam kami membantu anda membeli barangan lomografi.
Diharap anda semua mengambil perhatian serius tentang perkara ini.

Terima Kasih.